Wednesday, December 26, 2012

Bicara Sang Gadis


sering kau mengganggu ketenteraman ku
sehinggakan sudah tidak ada ruang
untuk aku melarikan diri lagi.

aku dijadikan bahan gurau senda oleh mu
aku di jadikan mangsa untuk kau menghiburkan hati
dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi melampiaskan
segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shin Chan
letih diriku melayan kerenahmu yang tidak pernah
jemu mengusikku
sehinggakan alam kanakkanak meninggalkan kita
kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudahsudah.


sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
tanpa aku sedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu.

bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
kesunyian membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah
kasih sayang dalam sebuah persahabatan.

benarkah perasaan untuk sahabat? aku sendiri keliru
wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?

ku tatap wajahmu dikala dirimu terleka
rambutmu kusut masai bagaikan penagih dadah yang tegar
ku lihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
kau umpama apek jual sayur yang tak cukup tidur
aku renung bibirmu yang lincah berkatakata
aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam mencari mangsa
aku mencuricuri melihat penampilanmu yang selekeh
kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan
a famosa lalu terjun ke bawah
biarlah aku tenggelam ke dasar tanah yang dalam lagi kelam
mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu

namun, kau kini telah perggi meninggalakan ku tanpa dapat aku menghalang
terasa bagaikan melayang nyawaku ini dari jasad
mengharungi hari tanpamu. 
harihari yang ku lalui terasa asing sekali
lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.

lalu aku memilih untuk meninggalkannya, menjauhinya
aku memilih untuk melukai hatinya
melukai perasaannya.
aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa melakukan ini untuk membuang perasaan ini
demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa sayang ini.

namun, sukarnya membuang rasa rindu
kosongnya jiwa ini tanpamu disisiku pujanggaku
aku mahu mengetepikan segalanya
aku mahu kau menjadi rajaku wahai pujangga

namun, malangnya kini kau dikebas oleh pesaingku
peritnya hati ini menyedari rupanya tiada cinta darimu untukku.

namun, takkan aku mengalah.
takkan sesekali aku membenarkan kesukaanku dirampas orang
kerana baru kini aku sedari
aku sangat mencintaimu pujanggaku.

ohh. betapa aku mahukan kau seperti dulu
pujanggaku kembalilah kerana gadis ini amat mencintaimuu.




Re-post.
26Disember2012
0333am


No comments: