Wednesday, December 26, 2012

Kahwin Awal. Apa Faedahnya?

Rata-rata antara kita memandang serong terhadap mereka yang mahu mendirikan rumahtangga pada usia yang agak muda. Tapi korang tau tak sebenarnya berkahwin ialah suatu ibadat yang di tuntut dalam Islam bukannya melahirkan generasi baru. Kadang-kadang, ada di kalangan manusia menyalah-tafsirkan niat seseorang itu apabila mereka mahu mendirikan rumah tangga. Ada yang mengatakan "dia dah bunting lah tu nak kahwin awal", ada jugak yang kata, "dah gatal bijik lah tu". *maaf kalau bahasa kasar sedikit*


  • Kebaikan Kahwin Muda
Kebaikan yang pertama sekali kita akan dapat ialah kita dapat menghindarkan diri daripada perbuatan maksiat. Bila maksiat tidak berlaku, keluarga kita akan selamat daripada tohmahan fitnah dan cerita kurang menyenangkan.

Nak tahu lagi? Tekan Read More >>



Not only that, ibu bapa kita tak perlu risau lagi terhadap kita kerana sudah ada yang halal untuk menjaga keselematan dan keperluan kita. *I nak jaga hubby I cepatcepat. Sebab dia seorang yang sangat tak terurus. Wahahaha. Sayang, jom kahwin!*


  • Perlukah Kahwin Awal?
Perlu jika kita rasa kita tak mampu untuk membendung hasutan 'orang ketiga' untuk melakukan maksiat. Dan, jangan teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan pasangan kita jika dia tidak mampu untuk menunjukkan kesungguhan dia di alam perkahwinan.


  • Kahwin Awal, Tak Perlu Bertunang Ke?
Perlu ke bertunang sarung cincin bagai? Padahal mengikut Islam, "Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki, ia dikira sebagai bertunang" - Ust. Azhar Idrus. So apa payah nak majlis bagai?


  • Boleh Bahagia Ke?
Kalau korang rasa bila kahwin awal, korang tak boleh bahagia, mudah untuk ke arah cerai-berai, korang salah. Usia, tempoh perkahwinan bukan penyebab utama keruntuhan rumahtangga tetapi individu itu sendiri. Nak tau cara bahagia hingga ke akhir hayat? Tengok sini. Tips Hubungan Bahagia


So bloggers, semua yang kita nak buat bergantung pada niat. I pun nak kahwin awal. Tapi hubby I taknak nikah gantung. Dia nak ada aset semua sendiri baru boleh on. I tak kisah, sebab dia pun dah kerja. Jadi, fikirfikirkan lah dan selamat beramal! :)





p/s: I nak ucapkan Selamat Bakal Pengantin kepada my besty lovely hunny I merangkap teman sebilik, teman setilam, Najah Asilah. Dia punya majlis bulan 3 nie InsyaAllah. Dia yang nak kahwin, I yang excited cari baju tau! Wahahahaha.

4 comments:

Siti Sabariah Hashim said...

ada kawan saya dah kawen dah.. (saya umur 19) tapi saya x berapa suka kawen awal :( x de duit. bnyak tanggung jawab.. nanti ada anak lagi susah... dan takut x fokus.. tapi kalau yang x berkahwin, x perlu kapel kerana ia juga membuatkan kita x fokus

Nadia Johari said...

yup x slh kwin awl..atau kwin muda..mmg dpt elkkn mksiat

Fatin Sh said...

@Siti Sabariah Hashim
bila kahwin awal, kita ada tanggungjawab. dan tanggungjawab itu yang ajar kita untuk fokus :)

Fatin Sh said...

@Nadia Johari
betul betul betul. jom lahh kita kawin awal semua. hihi