Wednesday, November 19, 2014

Kahwin.

Kahwin.

Terlalu luas kan?

Ada yang bilang kahwin itu masa untuk keluarkan belanja yang besar.
Ada juga yang bilang--
Tak perlu membazir--
Sederhana aja sudah cukup.

Pada pandangan aku,
Selagi boleh jimat,
Apa salahnya beli atau guna service yang tak perlu banyak wang kan?

Iya.
Ia hari bersejarahmu.
Tapi --
Perlu kau ingat --
Untuk siapa kau berbelanja besar?
Mahu tayang seluruh alam yang kau mampu?
Untuk makan --
Ya, tak salah.
Tapi yang lain?
Baju-bajumu yang sampai tiga empat lima enam?
Teratak raja sehari mu yang cecah ribuan ringgit?
Berbaloi katamu?

Ada juga yang bilang --
Satu kali seumur hidup.
Apa kau tau perjalanan hidupmu?
Apa kau sudah baca apa yang Tuhan rancangkan untukmu?
Mana kau tau kau akan berkahwin sekali?
Andai jodohmu tidak panjang--
Perlu berkahwin lain--
Lagi sekali kau ucap yang sama--
Sekali seumur hidup.

Ya, bukan mahu doa yang tidak baik.
Tapi sendiri ingat.

Oh sebelum lupa,
Ada yang kata--
Mahu tutup mulut mulut orang.
Habis--
Poket kau siapa mahu tutup?

Konklusinya--
Kau yang mahu kahwin,
Maka--
Kau fikirlah baik buruknya.

Orang dulu kata--
Membazir amalan syaitan.

No comments: