Sunday, December 23, 2012

Nota Cinta Dari Aku Kepadamu

Bertemankan hening malam, mata masih tidak mampu untuk lelap. Berlatar-belakangkan lagu Demi Lovato, lagu favorite 'Give Your Heart A Break', aku mula melincahkan jari jemari menekan papan kekunci. Aku ingin tulis semua yang terbuku di hati. Aku ingin tulis Nota Cinta Dari Hati Seorang Perempuan kepada kekasihnya..

"Selepas semua kita lalui bersama, suka dan duka kita bersama, janji yang kita cuba tepati untuk sentiasa bersama tak kira susah senang.. ini balasannya? Selepas begitu banyak pengorbanan yang aku lakukan untuk engkau, begini cara layanan engkau terhadap aku ketika kita bergaduh kecil?  
Aku faham dan aku tau sifat ku yang tidak sempurna ini selalu membuat engkau lelah dan penat. Tapi dengan meninggalkan aku tanpa kata, tanpa sepatah ayat keluar di bibirmu, kau tinggalkan aku tergantung. Sedang kau tidak pernah bagi tahu apa salah yang telah aku buat? Apa benda yang kau tak puas hati terhadap aku? 
Aku perempuan, dan aku mahu kau letakkan dirimu di situasi aku. Meninggalkan aku tanpa sepatah kata, cukup, cukup menyakitkan. Kau dengan egomu yang aku kenal tidak akan pernah luntur pada seorang perempuan. Tapi, bukan ini caranya. 
Setiap kali aku menangis, aku ingin berada dalam pelukkanmu. Ia menenangkan walau pada dasarnya bukan aku yang bersalah. Aku minta hanya sesaat. Fahami dan rasai perasaan dan keadaan aku.. Bertindaklah sewajarnya sepertimana lelaki-lelaki matang bertindak. 
Andai kata dirimu dan hatimu butuh rehat yang panjang, aku rela melepaskan mu untuk sementara. Tapi setidaknya, beritahu aku sejujurnya. Itu pesan ku. Aku tahu aku tidak sesempurna Siti Khadijah, tapi aku berusaha. Engkau ada lelaki tak sempurna yang paling sempurna dalam hidup aku. 
Aku tunggu dan akan sentiasa menunggu.. Ambillah masa seberapa banyak kau perlukan, dan kembali kepadaku......




Perempuan yang tidak sempurna.  


0250 am
 

 | 23 Disember 12
"



Dan aku luahkan ini bersama titisan air mata yang sentiasa bersamaku..



"Ya Allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu, Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau lenturkan lah ego kelakiannya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya.
Ya Allah,
Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku.
Ya Allah,
Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua.
Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin ya rabbal alamin."




** Semoga aku tabah menghadapinya **

No comments: